Singapore Democrats

Home News Bahasa (Malay language) Berpesta Bersama Demokrat – Malam Kenangan
Berpesta Bersama Demokrat – Malam Kenangan Print Email
Tuesday, 04 May 2010

Mereka datang, mereka lihat dan merefinale2ka bersorak.Dari alunan suara An Lyn, puteri Dr. Chee yang berusia 10 tahun, ketika menyanyikan lagu kebangsaan Singapura, kepada sorakan gemuruh di akhir acara, jamuan menyambut ulang tahun ke-30 SDP, dinilai dari maklum balas yang diterima, merupakan satu kejayaan yang besar.

Tidak syak lagi ia menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.

Muzikya begitu merdu mengiringi hidangan yang menyelerakan. Kehangatan suasana begitu jelas dirasakan. Semuanya begitu sempurna sekali.

Pertunjukan malam itu yang diberi jolokan Malam Pesta Bersama Demokrat diacarakan oleh Encik Jagjit Singh dan rakannya Pamela Tan.

Para tamu disambut oleh Encik Gandhi dan Dr Chee Soon Juan bersama isteri masing-masing. Sambil menikmati minuman, mereka dihiburkan dengan irama merdu dari simponi Bach, Brahms  dan Beethoven.

Tiba-tiba lampu dimalapkan dan melalui dua skrin raksaksa mereka dapat menyaksikan tayangan gambar mengenai SDP, dahulu dan sekarang. Ini kemudian diikuti dengan lagu kebangsaan yang dialunkan oleh An Lyn dan disusuli lafaz ikrar. Para hadirin mula menjamu selera dengan iringan lagu-lagu merdu tahun-tahun enampuluhan dan sembilanpuluhan yang dipembahkan oleh kumpulan “Fire Nation”.

Pengerusi Parti Gandhi Ambalan mengucapkan selamat datang kepada para tamu yang termasuk wakil-wakil parti-parti pembangkang lain seperti SPP, NSP, PKMS dan RP. Juga hadir ialah wakil kedutaan asing dari Australia , Perancis , Thailand dan Amerika Syarikat.

Cenderamata sebagai pengiktirafan telah diberikan kepada dua “orang lama” yang telah berpuluhan tahun berkhidmat kepada parti,iaitu Encik Michael Hwang dan Encik Albert Lim.

Para pemimpin Demokrat Muda tidak ketinggalan untuk muncul di atas pentas untuk melafazkan ikrar SDP. Presidennya kemudian membacakan ucapan tahniah dari Persekutuan Antarabangsa Pemuda Liberal yang mempunyai 3.5 anggota serata dunia.

Empat ahli SDP, iaitu Mohamed Jufrie Mahmood, Gerald Sng, Preevin dan Teo Tian Jinber berbaris di atas pentas untuk memperagakan uniform yang dipakai oleh ahli-ahli parti silih berganti selama 30 tahun.

Dalam ucapannya Dr. Chee menceritakan bagaimana SDP telah berkembang dan  menyeru sahabat dan para penyokong parti supaya terus menguatkan sokongan mereka kepada parti.

Acara kemuncak pada malam itu ialah pelancaran majalah ulangtahun ke-30 SDP yang disambut dengan meriah oleh semua yang hadir. Setiap tamu telah diberikan senaskah sebagai tanda ingatan dan terima kasih atas sokongan mereka.

Tidak lama kemudian kek raksaksa seberat 10 kg dibawa naik ke atas pentas untuk upacara pemotongan yang disemarakkan dengan nyanyian lagu selamat ulang tahun oleh semua yang hadir.

Ucapan tahniah datang mencurah. Ramai yang melafazkan kegembiraan mereka terhadap perkembangan dan kejayaan yang dicapai oleh SDP.

Walaupun menghadapi segala ranjau dan duri SDP masih tetap terus berkembang dan mencatatkan kejayaan yang tidak didugai.

Pesta malam ini kan menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua.

Share this article:
Facebook Technorati Stumble It! Newsvine Reddit Del.icio.us Digg This!
Comments (0)
Please login or register to post your comments.
 

Act Now

Support Democracy!
Please Donate
Read:The party that stands up for you
More options to donate
 

SDP Publictaions

Magazine Support SDP , buy our 30th Anniversary Magazine here

minsal
pdf
link

 

Danny the Democracy Bear

Now available online here!

 
Singapore Democrats on Facebook
Banner
Banner

Awesome Words

We know what happens to people who stay in the middle of the road. They get run over.

Aneurin Bevan
Banner

News feeds

Singapore Democrat News
Joomla Templates by JoomlaShack