Sementara pembangkang terus menghadapi cabaran demi membentuk sebuah sistem demokrasi berfungsi di Singapura, rakyat tidak seharusnya menjadi penonton sahaja.
Tanpa penglibatan aktif warganegara Singapura perubahan politik hanya akan menjadi perbualan mulut sahaja dan bukannya pengalaman dan realiti.
Tunjuk saya kebolehan anda
‘Tunjuk kepada saya apa yang mampu diberi oleh calon anda, barulah saya boleh memikirkan samada akan mengundi parti kamu.’
Malangnya pemikiran sedemikian akan terus meletakkan Singapura kukuh di kedudukan terbawah dalami liga Demokrasi.
Dengan adanya ketakutan politik di kalangan masyarakat kita, parti pembangkang sering menghadapi kesukaran untuk menyakinkan rakyat supaya menyertai parti mereka, dan yang lebih penting, bertanding sebagai calon pembangkang dalam pilihanraya.
Ini tidak bermakna rakyat harus menurunkan had kelayakan apabila mengundi Ahli Parlimen pembangkang. Kami di Parti Demokratik Singapura berharap rakyat tidak akan menuggu untuk orang lain mengambil langkah pertama utuk menjadi ahli mahupun memberikan bantuan secara sukarela kepada parti pembangkang.
Kita tidak akan melihat apa-apa kemajuan selagi rakyat enggan menjadi aktif dalam menyokong pembangkang dari segi berkempen, menderma atau melakukan kerja-kerja di belakang takbir.
Pilihanraya bukanlah sebuah sukan untuk tontonan sahaja. Menjadi pemerhati yang pasif bukanlah satu pilihan. Tanpa penyokong yang aktif menolong sesuatu kempen, pilihanraya akan terus menjadi sebuah proses akademik.
Salah satu sebab mengapa sejak dahulu prestasi pembangkang dalam pengundian tidak memuaskan ialah kerana, mereka yang berpengetahuan dan prihatin tidak ke hadapan untuk membantu. Kejayaan PAP bukanlah kerana sokongan penuh rakyat Singapura,tetapi, kerana kekuatiran para penyokong pembangkang.
Untuk meminjam kata-kata John F Kennedy: Jangan bertanya apa pembangkang mampu lakukan untuk anda,tetapi tanyalah apa yang mampu anda lakukan untuk pembangkang.
Saya Hanyalah…
Acap kali kami mendengar rakyat berkata ‘Saya tidak ada apa-apa, tiada apa yang boleh saya bantu.’ Satu perkara yang tidak wujud di dalam sistem demokrasi adalah: Tiada jurang perbezaan di antara kita. Setiap rakyat adalah penting.
Jikalau kamu tidak boleh terbang, lari. Jikalau kamu tidak boleh berlari, jalan. Jikalau kamu tidak boleh berjalan merangkak. Jangan berdiri tanpa melakukan apa-apa. Lakukanlah sesuatu.
Dengan menjelangnya pilihanraya, Demokrat Singapura sedang meningkatkan usahanya ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi kami masih berdepan dengan sebuah rejim yang mesih kekalkan sikapnya yang autokratik.
Walaupun demikian semangat kami tetap kental dan penuh keyakinan. Kami harus mengharungi cabaran ini dengan kerja keras dan berjuang secara pintar. Tetapi kami tidak boleh melakukannya bersendirian. Kami perlukan pertolongan dan kerjasama daripada anda, para penyokong kami.
Kami perlukan dana untuk mencetak risalah, menyewa peralatan, membeli alat-alat berkempen dan lain-lain lagi.
Kami perlukan pertolongan sukarelawan bagi kerja-kerja mendekati rakyat.
Kami perlukan kemahiran dan kepakaran untuk kerja-kerja kempen.
Jikalau anda mampu menyumbang dari sudut mana jua, jangan tunggu lagi. Jangan menunggu untuk orang lain berdepan dan menyumbang baru anda melakukan sesuatu. Anda mampu melakukannya hari ini.
Kirim e-mel kepada
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
dan kami akan menghubungi anda.
Sokong SDP. Parti Anda. Suara Anda.
|