Parti Demokrat Singapura sering mendapat pemuda-pemuda yang menyertai parti dan perjuangannya. Sebab itulah kami adalah parti pembangkang yang pertama di Singapura yang menubuhkan sayap pemuda.
Tetapi semakin tahun berlalu,pemuda yang menyertai kami semakin muda dan muda.
Kini, seorang budak berumur 15 tahun telah menyertai kami untuk ‘walkabout’ dan penjualan akhbar ‘The New Democrat’.Gaya pemuda ini nampak seperti beliau sudah melakukannya untuk bertahun,dengan penuh keyakinan beliau menghampiri orang awam dan menyuruh mereka membeli akhbar tersebut.
Beliau juga serba tahu tentang isu-isu politik semasa dan telah membawa akhbar tersebut ke sekolah untuk menunjuk kepada rakan sekolahnya. Ia adalah memberangsangkan untuk melihat pelajar-pelajar mengambil minat yang mendalam dalam politik.
Bagaimanapun, ini bukan sama sekali mengejutkan.Pelajar sering dating ke ofis kami untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin SDP dan juga untuk temubual mereka untuk projek sekolah.Ini walaupun guru mereka kadang kala menyuarakan kebimbangan tentang pemilihan projek mereka.
Sejak beberapa tahun yang lalu SDP telah melihat wajah-wajah muda yang mengambil minat terhadap parti itu dan juga dasar polisi dan perjuangannya.Ramai dari mereka menyuarakan kebimbangan terhadap kurangnya kebebasan politil di Singapura dan juga masalah Hak Asasi di Negara ini.
Pemuda Demokrat sentiasa aktif dalam membangkitkan sebarang isu yang dikaitkan dengan golongan muda Singapura.
Dengan kemunculan internet,ia telah menjadi lebih mudah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda Singapura dan SDP telah menggunakan kaedah media baru ini untuk menyampaikan mesejnya kepada mereka yang sering menggunakan internet.
Walauoun kami berkempen isu-isu kehidupan seharian,Demokrat Singapura sedar bahawa ramai pemuda Singapura yang merasa kuat terhadap isu Hak Demokrasi.Malangnya, ramai daripada mereka merasakan sungguh kecewa dengan system yang sedia ada sehingga mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Negara lain.
Kepada pemuda Singapura, kami di Parti Demokratik Singapura ingin memberitahu anda bahawa masa depan politik Negara ini berbaloi dan bersama sayap pemuda kami, Pemuda Demokrat, kami akan tetap menjadi sebuah parti yang terus menperjuangkan hak Rakyat Singapura.
|