|
Demokrat Singapura
Sayap belia Parti Demokratik Singapura, Demokrat Muda, telah melantik pemimpin dan majlis baru untuk membawanya ke hadapan bagi menghadapi cabaran hari muka.
Di bawah perlembagaan Demokrat Muda, Majlisnya terdiri daripada Presiden, Timbalan-Presiden dan Setiausaha Kehormat dan penggal Majlis adalah untuk dua tahun. Majlis Demokrat Muda akan memandu sayapnya ke arah memajukan tujuan dan matlamat Parti Demokrat.
Encik Priveen Suraj, yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja tempoh perkhidmatan negaranya telah dilantik sebagai Presiden. Beliau akan melanjutkan pelajarannya dalam jurusan ijazah undang-undang selepas tamat perkhidmatan negaranya. Beliau telah menjadi ahli Demokrat sejak zaman maktab rendahnya.
Encik Priveen berkata, ‘ Saya amat bangga untuk berkhidmat sebagai presiden Demokrat Muda.’ Tambahnya lagi, ‘ Kami adalah sebuah kumpulan yang bermotivasi dan akan secara aktif menghulur tangan kepada golongan muda untuk mencungkil minat mereka dalam politik dan juga Parti Demokrat.’
Encik Jufri Salim pula akan berkhidmat sebagai Timbalan-Presiden. Beliau adalah seorang ayah pada usia muda dan telah menunjukkan keberanian dan kematangan dari segi politik apabila beliau megambil bahagian dalam protes Tak Boleh Tahan di luar Bangunan Parlimen. Walaupun telah mengaku bersalah di mahkamah terhadap tuduhan tersebut kerana komitmen kerjayanya beliau enggan mebayar saman yang dikenakan terhadapnya dan sebaliknya sanggup ke penjara.
Jawatan Setiausaha Kehormat disandang oleh Encik Jarrod Luo, graduan lulusan sains bioperubatan dan mikrobiologi dari Universiti Australia. Encik Luo yang mula bergiat dalam Demokrat Singapura sejak tahun lalu telah menunjukkan semangat yang jitu dalam menolong memajukan Belia Demokrat.
Demokrat Muda telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan hanya empat anggota. Keanggotaannya telah meningkat secara berterusan sejak kebelakangan ini dan kini merupakan sebuah komponen Demokrat Singapura yang aktif. Ahli-ahli dan rakan-rakan Demokrat Muda telah menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka dalam kerja-kerja parti di alam siber.
Demokrat Muda adalah ahli Belia Liberal dan Demokrat di Asia (YLDA) dan juga ahli Persekutuan Antarabangsa untuk Belia Liberal (IFLRY). Baru-baru ini,ahli Demokrat Muda, Cik Surayah Akbar telah menyertai sebuah bengkel bagi wanita di Hong Kong anjuran YLDA.
Kemunculan ketiga-tiga pemimpin Demokrat Muda itu, kesemuanya dalam lingkungan usia 20-an telah membangkitkan harapan yang tinggi terhadap mereka. Mereka ditugaskan untuk memgembangkan keaanggotaan sayap muda ini dan juga membawa bersamanya mesej dari SDP iaitu pembaharuan dan perubahan politik di Singapura.
Semasa mesyuarat Demokrat Muda, para anggotanya telah menyatakan bahawa adalah penting bagi mereka untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja kemaysarakatan dan menghulurkan tangan kepada mereka yang telah tertinggal di dalam sistem yang sedia ada. Mereka juga berhasrat untuk meganjurkan acara-acara sosial untuk mendekati golongan muda Singapura.
Setiausaha-Agung Parti Demokrat Singapura, Dr Chee Soon Juan telah mengucapkan tahniah kepada pemimpin baru pemuda dan mengajak mereka untuk menunjukkan sebuah kepimpinan yang berkesan melalui kerjasama dengan kesemua ahli Demokrat Muda untuk menjadikannya sebuah organisasi yang bermaruah, bukan sahaja untuk Parti Demokrat malah untuk Singapura keseluruhannya.
|