Singapore Democrats

Home News Bahasa (Malay language) Exco baru untuk memimpin parti yang kian berkembang
Exco baru untuk memimpin parti yang kian berkembang Print Email
Friday, 14 August 2009

Demokrat Singapura

SDP CECDi dalam perkembangan yang penuh dengan keyakinan, 14-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Demokratik Singapura telah dipilih untuk memimpin parti bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Ahli-ahli kader parti telah bertemu dalam persidangan dwitahunan parti untuk mengingatkan semula usaha-usaha untuk berkhidmat dan membawa pembaharuan dan demokrasi kepada Singapura.

Empat jawatan tertinggi parti tidak berubah. Encik Gandhi Ambalam kekal sebagai Pengerusi dan Encik Francis Yong terus berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi.

Dr Chee Soon Juan dan Encik John Tan masing-masing dilantik semula sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung.

Perubahan telah berlaku bagi jawatan Bendahari yang diambil aleh oleh Encik Gerald Sng, seorang pengurus pemasaran, yang bertanding dalam pilihanraya 2006. Beliau dibantu oleh Penolong Bendahari, Encik Jeffrey George, seorang jurutera di industri pelantar minyak.

Selepas pemilihan yang hangat, enam ahli berikut telah dilantik untuk badan eksekutif:

Cik Chee Siok Chin, Cik Lilian Chia, Encik Johnny Ho, Encik Mohd Isa, Encik Jufrie Mahmood dan Encik Sylvester Lim.

Tahun ini terdapat beberapa muka baru : Encik Jufrie Mahmood dan Encik Sylvester Lim. Encik Jufrie, penyokong kuat parti, yang dahulu pernah ‘dipinjam’ kepada Parti Pekerja semasa J B Jeyaretnam menjadi Setiausaha Agung, telah kembali kepada pucuk pimpinan Demokrat.

Pembangkang veteran itu berkata “ Saya kembali kerana saya mempunyai keyakinan terhadap pucuk pimpinan Demokrat masa kini”, “ dan saya juga merasa Demokrat sedang bergerak pada haluan yang betul. Pertumbuhan pesat terhadap keanggotaannya menjadi bukti.”

Seorang lagi ahli CEC buat pertama kali ialah Encik Sylvester Lim yang percaya kepada komitmen yang teguh terhadap prinsip keadilan dan demokrasi walaupun wataknya nampak seperti seorang pendiam.

Encik Lim berkata “ Kami merasa ghairah tentang apa yang akan menuggu kami dan kami berazam untuk berjuang demi perubahan dan juga sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin terhadap rakyat”.

Dalam persiapan untuk melaksanakan kerja-kerja yang akan datang, kepimpinan yang baru dilantik bercadang untuk melantik dua lagi ahli ke dalam exconya. Mereka adalah Encik Laurence Lai dan Encik Warren Eswaran. Encik Lai berkhidmat di dalm exco yang baru lalu sementara Encik Eswaran, 25, adalah juga ahli Pemuda Demokrat dan telah bersama Parti Demokrat Singapura sejak zaman Perkhidmatan Negara beliau.

Penerusi, Encik Ambalam menyatakan, “ Kemasukan Warren ke dalam exco adalah sebagai tanda bertambahnya minat golongan muda terhadap Demokrat” dan “ Kami mahu pastikan bahawa Pemuda Demokrat kami turut aktif di dalam haluan dan perkembangan parti”.

Pemuda Demokrat, sayap pemuda Parti Demokrat Singapura, akan juga melantik pucuk pimpinannya tidak lama lagi.

Exco baru telah menyatakan keazamannya untuk terus mengembangkan Demokrat dari segi keanggotaannya dan juga kemampuan untuk membantu Rakyat Singapura. Ia akan bergantung kepada Internet, sepertin mana ia lakukan dahulu, dalam menyeru Rakyat untuk membantu sebarkan mesej-mesej seperti, berjuang demi sebuah Singapura yang adil, terbuka dan bebas.

Share this article:
Facebook Technorati Stumble It! Newsvine Reddit Del.icio.us Digg This!
Comments (0)
Please login or register to post your comments.
 

Act Now

Support Democracy!
Please Donate
Read:The party that stands up for you
More options to donate
 

SDP Publictaions

Magazine Support SDP , buy our 30th Anniversary Magazine here

minsal
pdf
link

 

Danny the Democracy Bear

Now available online here!

 
Singapore Democrats on Facebook
Banner
Banner

Awesome Words

We should never forget that everything Adolf Hitler did in Germany was "legal" and everything the Hungarian freedom fighters did in Hungary was "illegal.

Martin Luther King, Jr
Banner

News feeds

Singapore Democrat News
Joomla Templates by JoomlaShack