Singapore Democrats

Home News Bahasa (Malay language) Pembangkang Yang Berkesan Dan Dipercayai
Pembangkang Yang Berkesan Dan Dipercayai Print Email
Sunday, 19 July 2009

Demokrat Singapura

PAP atau lebih tepat lagi, Encik Lee Kuan Yew, telah mencuba – dan masih mencuba – untuk mencorak apa itu pembangkang dan bagaimana pembangkang harus berfungsi. Encik Lee mahu melihat sebuah pembangkang yang membina.

Dengan kata-kata itu, Encik Lee bermaksud bahawa parti-parti pembangkang harus bermain politik bedasarkan undang-undang beliau dan juga untuk pembangkang menerima hakikat bahawa PAP menguasai politik Singapura.Sesiapa yang enggan berbuat demikian akan dikatkan sebagai perusak.

Mengimbas kembali pandangan rakyat Singapura sejak beberapa tahun ini, kami telah mengenalpasti lima perkara yang rakyat Singapura merasa setiap parti pembangkang harus miliki untuk kami berfungsi secara berkesan.

1. Idea Alternatif

Pengundi mahu pembangkang yang bukan sahaja pandai mengkritik pemerintah tetapi juga mampu mengetengahkan dengan jelas dasar-dasar alternatif mereka.

Pada tahun 1994, buku terbitan Demokrat Singapura, ‘Dare To Change’, telah merangka garis besar dasar kami. Idea-idea alternatif ini kemudiannya dikupas dengan lebih jelas lagi di pelbagai terbitan, termasuk dalam akhbar kami, ‘The New Demcrat’.
 
Idea-idea ini juga boleh didapati di dalam lelaman web ini. Komitmen kami bagi memberi idea alternatif yang berkesan telah terbukti apabila kami telah mengenegahkan beberapa cadangan dasar semasa Bajet 2009. Ada di antara cadangan ini telah diceduk oleh beberapa AP PAP.

2. Mengemukakan Soalan-soalan Yang Penting

Salah satu peranan yang paling penting bagi sesebuah parti pembangkang adalah untuk memeriksa pemerintah dan membuatnya mengambil sikap bertanggung jawab. Parti Demokrat Singapura tidak pernah lari dari tanggungjawab ini. Kami telah menyoal PAP mengenai pelbagai isu. Di antaranya adalah cara pembelian Shin Corp, strategi menegenalkan Singapura sebagai tempat perlindungan cukai dan juga tentang pelaburan yang kurang bijak dalam bank-bank milik barat.

3.Bersuara Mengenai  Isu-Isu Penting

Demokrat Singapura menitikberatkan isu-isu rakyat seperti kos sara hidup, gaji minima, pendapatan persaraan, agihan kekayaan dan kemiskinan di Singapura. Pembaca lelaman web ini tentu setuju bahawa kami telah berulang kali menyuarakan dan  bangkitkan isu-isu seperti ini. Apa yang ingin kami menambah ialah, tanpa hak-hak politik dan kebebasan, kebimbangan-kebimbangan ekonomi ini tidak akan diendahkan oleh pemerintah.

4. Bukan tidak aktif semasa selang pilihanraya

Parti pembangkang sering dituduh hanya ‘bernyawa’ apabila menjelang pilihanraya. Tetapi tuduhan seperti ini tidak boleh ditujukan terhadap Demokrat Singapura. Sekali lagi, pembaca lelaman ini dapat melihat dan membaca yang kami telah mengadakan pelagai kempen dan forum, melawat pelajar, pertemuan dengan penduduk, membuat kajian , mendekati rakyat melalui internet dan sebagainya.

Kami telah tetap bekerja keras walaupun di luar musim pilihanraya. Malangnya, rakyat tidak tahu sepenuhnya tentang usaha Parti Demokrat Singapura kerana pihak media enggan melaporkan kegiatan-kegiatan kami. Oleh itu, kami terpaksa bergantung kepada internet,  para penyokong dan sahabat Parti Demokrat Singapura untuk membantu kami menyebarkan kata-kata kami.

5. Perubahan

Di dalam sebuah negara satu parti seperti Singapura, adalah tidak munasabah bagi pembangkang berpura-pura seolah-olah ia sedang berada di sebuah negara demokrasi. Parti-parti pembangkang harus berusaha ke arah perubahan sistem politik untuk menubuhkan secara demokratik sebuah sistem yang telus dan bertanggungjawab. Ia adalah satu cara untuk menggalakkan rakyat untuk bersama-sama secara aktif menyertai  proses membangunkan negara dan membenarkan mereka untuk mengundi secara adil dan bebas.

Share this article:
Facebook Technorati Stumble It! Newsvine Reddit Del.icio.us Digg This!
Comments (0)
Please login or register to post your comments.
 

Act Now

Support Democracy!
Please Donate
Read:The party that stands up for you
More options to donate
 

SDP Publictaions

Magazine Support SDP , buy our 30th Anniversary Magazine here

minsal
pdf
link

 

Danny the Democracy Bear

Now available online here!

 
Singapore Democrats on Facebook
Banner
Banner

Awesome Words

Our country is not the only thing to which we owe our allegiance. It is also owed to justice and to humanity. Patriotism consists not in waving the flag, but in striving that our country shall be righteous as well as strong.

James Bryce
Banner

News feeds

Singapore Democrat News
Joomla Templates by JoomlaShack