Singapore Democrats

Home News Bahasa (Malay language) Cukuplah dengan cogan-cogankata bodoh, Tumpukan Perhatian kepada masalah sebenar
Cukuplah dengan cogan-cogankata bodoh, Tumpukan Perhatian kepada masalah sebenar Print Email
Wednesday, 03 June 2009

Demokrat Singapura

Jobs for FTsKata-kata terbaru dari kabinet  Singapura: memahirkan semula (Re-skill,) meningkatkan taraf kemahiran (upskill) dan mempelbagaikan kemahiran (multi-skill). Ini adalah ungkapan lapuk yang bermula  sejak beberepa tahun lalu bagi mendapatkan pekerja-pekerja Siingapura untuk meningkatkan kemahiran mereka dan siap sediakan diri bagi menghadapi Ekonomi Baru.

Ekonomi Baru? Kita masih lagi belum keluar dari takuk ekonomi lama. Pemerintah masih tetap memberi subsidi-subsidi cukai kepada syarikat-syarikat berbilang negara dengan harapan syarikat-syarikat antarabangsa ini akan terus melabur di sini.

Apabila kita cuba mempelbagaikan usaha di dalam industri lain, kita menghadapi persaingan daripada bidang kuasa yang dirahsiakan dan juga daripada penipu cukai dan penyeludup wang. Kita  melakukan ini semua dengan mengubahsuai undang-undang perbankkan bagi melindungi pelanggan-pelanggan yang mencurigakan dan pembinaan kasino.

Tetapi rombakan ‘Ekonomi Baru’ ini telah mengakibatkan Singapura menjadi negara pertama di rantau Asia yang mengalami kemelesetan ekonomi.Sejak Oktober tahun lalu, ekonomi Singapura telah menjunam secara mendadak. Ini telah menjadikan Singapura ekonomi terburuk di rantau ini dan juga prestasi ini adalah yang terburuk bagi Singapura sejak 1960-an.

Apa yang lebih teruk lagi adalah, menteri-menteri Singapura yang tidak pernah melepaskan peluang untuk memberitahu semua bahawa mereka adalah berpengalaman dan cekap, kini mengakui yang mereka tidak begitu tahu bagaimana hendak membawa Singapura keluar daripada krisis ekonomi ini.Kami hanya boleh menunggu sahaja kerana, menurut PM Lee Hsien Loong, ‘pemulihan ekonomi Singapura akan berlaku sebaik sahaja ekonomi Amerika pulih’.

Ekonomi Baru? Siapa yang pemerintah ingin mempersenda? Singapura hanya sebuah ekonomi persinggahan bagi syarikat-syarikat berbilang negara.

Perbezaan antara dahulu dan sekarang adalah,kini kita harus bersaing dengan ekonomi bertaraf rendah yang lain di Asia. Demikian juga langkah-langkah untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja  asing telah dipercepatkan bagi memastikan syarikat-syarikat berbilang negara tetap berniaga di Singapura.

Apakah maksud sebenar di sebalik cogan-cogankata ‘memahirkan semula’ dan ‘mempelbagaikan kemahiran’? Ini semua direka dan perbualan kosong oleh pemerintah bagi memperlihatkan kepada umum seoah-olah pemerintah sedang membuat sesuatu bagi mengatasi krisis ini.

Tetapi pemerintah belum jelaskan kepada kita:Apa yang harus kita lakukan dengan kemahiran-kemahiran tersebut apabila eonomi Amerika belum pulih?

Bagaimana pemerintah dilihat serius mengenai dayausaha tersebut apabila mereka tetap menggunakan pekerja asing bergaji murah untuk bersaing dengan rakyat Singapura? Tingkatkan  kemahiran supaya kamu boleh bersaing dengan pekerja asing yang menjawat pekerjaan yang bergaji rendah?Adakah ini yang dimaksudkan dengan kemajuan?

Dan kenapakah cogankata ‘mempelbagaikan kemahiran’ begitu mencurigakan sekali? Sebenarnya ia bermaksud untuk menyembunyikan hakikat bahawa rakyat terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan untuk menampung nafkah keluarga.

Klia harus memikir semula model ekonomi Singapura,sebuah ekonomi yang sekurang-kurangnya membayar gaji pekerja yang setaraf dengan kos sara hidup dan juga mewujudkan sebuah sistem yang bebas dari eksploitasi.

Kerjasama ‘tiga pihak’ di antara Pemerintah, pengurusan dan pergerakan buruh hanyalah satu muslihat.Tiada hubungan yang simbiotik di antara ketiga-tiga pihak tersebut tetapi hanya sebuah kerjasama di antara PAP dengan para perniaga untuk terus mengeksploit para pekerja.

Jika tidak bagaimanakah dapat diterangkan bahawa selepas setangah abad dengan kerjasama tiga pihak ini,gaji para pekerja tetap berkurangan setiap tahun dan kos menyara hidup lebih tinggi dibanding gaji yang mereka menerima.

Dan apabila CPF membayar kadar faedah yang hampir tidak wujud, dan apabila pesara tidak dilarang menggunakan wang simpanan mereka ,NTUC tidak mahu  ambil tahu, seolah-olah mereka tidak nampak apa-apa yang sedang berlaku. Sebenarnya ini seratus peratus tidak benar.NTUC sentiasa mengalu-alukan langkah-langkah ynag diambil oleh PAP. Mereka seumpama pasukan yang hanya pandai bersorak sahaja.

Pada masa yang tidak stabil dan ramai yang mengalami kesukaran menampung kos kehidupan, para pekerja terpaksa berada di dalam keadaan muram dan kecewa akibat dari dasar-dasar  PAP salama ini yang bersikap anti-buruh dan juga undang-undang bertujuan merampas hak rakyat seperti membentuk kesatuan sekerja bukan pilihan pekerja sendiri.

Pemimpin PAP,termasuk mereka yang bertopeng sebagai pemimpin buruh, harus hentikan tindakan dan dasar yang merugikan pekerja Singapura.

Tanpa kesatuan sekerja yang tulen dan bebas dari cengkaman PAP, para pekerja akan terus berada dalam keadaandi mana hak-hak mereka akan tetap dinafikan.Hari Buruh sedunia mungkin telah berlalu tahun ini,tetapi Demokrat Singapura akan tetap berjuang demi kepentingan pekerja dan juga hak-hak mereka.Demokrat akan tetap berkempen:

  • Supaya rakyat diutamakan
  • Untuk melaksanakan Gaji Minima
  • Untuk memberikan faedah pembuangan kerja

 

Cukup sudah dengan cogankata dan omongan kosong PAP.Mereka fikir cogan-cogankata unik akan mengalihkan tumpuan rakyat daripada krisis ekonomi sebenar.Sebaliknya kita harus fokus terhadap isu-isu penting seperti pekerja asing dan gaji rendah pekerja Singapura.Semua ini sudah pasti membawa kesengsaraan kepada semua pekerja kita.

Share this article:
Facebook Technorati Stumble It! Newsvine Reddit Del.icio.us Digg This!
Comments (0)
Please login or register to post your comments.
 

Act Now

Support Democracy!
Please Donate
Read:The party that stands up for you
More options to donate
 

SDP Publictaions

Magazine Support SDP , buy our 30th Anniversary Magazine here

minsal
pdf
link

 

Danny the Democracy Bear

Now available online here!

 
Singapore Democrats on Facebook
Banner
Banner

Awesome Words

Man is born free; and everywhere he is in chains.

Jean-Jacques Rousseau
Banner

News feeds

Singapore Democrat News
Joomla Templates by JoomlaShack