|
Wednesday, 13 May 2009 |
|
Demokrat Singapura
Apakah persamaan dan pengajaran yang telah diperolehi Singapura dari pilihanraya umum Malaysia dan Amerika yang kedua-duanya berlangsung pada tahun 2008?
Satu berlangsung jauh di Amerika setiap empat tahun manakala yang satu lagi dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Namun begitu kedua-dua peristiwa itu mempunyai kesan yang mendalam terhadap pemikiran rakyat Singapura.
Sesuatu yang tidak terduga berlaku di Amerika. Buat pertama kali di dalam sejarahnya, seorang keturunan Afrika-Amerika telah dipilih oleh rakyat Amerika untuk menjadi Presiden mereka. Ia adalah sesuatu yang membanggakan kerana Pergerakan Hak-hak Sivil yang menerima tentangan hebat dari beberapa golongan masyarakat kulit putih, ditubuhkan hanya dalam tahun-tahun enampuluhan.
Pada awal tahun 2008 tsunami politik yang melanda Malaysia telah mengenepikan politik pekauman yang diamalkan oleh kerajaan yang menguasai politik tempatan sejak setengah abad yang lalu.
Dapatkah rakyat Singapura mempelajari sesuatu dari fenomina ini? Tidak syak lagi bahawa kepimpinan PAP akan cuba sedaya upaya untuk melakukan sesuatu menerusi alat propagandanya. Bertentangan dengan sentiman ramai pemerintah elit yang tamakkan kuasa ini telah sering mendakwa bahawa Singapura masih belum bersedia untuk menerima perubahan. Adakah benar dakwaan ini?
Pada tahun lalu, tinjauan yang dibuat oleh dua ahli akademik dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam ke atas hampir dua ribu rakyat Singapura telah mendapati bahawa 91 peratus dari mereka bersedia menerima seorang Perdana Menteri dari kaum selain kaum China.
Di Malaysia pula, perubahan besar telah berlaku ke atas soalan-soalan utama perdebatan – iaitu dari soal perkauman kepada soal “ahli politik berkhidmat untuk siapa?’. Keputusan pilihanraya umum negara itu jelas menunjukkan bahawa majoriti rakyatnya menuntut khidmat yang lebih baik dari ahli-ahli politik mereka. Hasutan-hasutan yang berbau perkauman yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan telah tidakdiindahkan mereka. Apa yang mereka mahukan ialah pentadbiran yang baik, bukan politik perkauman.
Pada masa yang sama rakyat Singapura tidak sealiran dengan permainan politik PAP yang sering mendakwa bahawa mereka mengundi mengikut warna kulit dan kaum. Itulah sebabnya PAP mereka sistem GRC.
Lupakah kita bahawa pada tahun 1981 mendiang J B Jeyaretnam telah memenangi kerusi Parlimen dalam satu pilihanraya kecil dengan mengalahkan pesaingnya dari kaum majoriti di kawasan undi Anson? Dalam pilihanraya umum berikutnya pada tahun 1984. Encik Jeyaretnam telah sekali lagi mengalahkan calon dari kaum China dengan kelebihan undi yang lebih besar walaupun dia disokong oleh Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Kuan Yew. Calon PAP tersebut dikatakan oleh Encik Lee sebagai seorang yang memiliki cirri-ciri seorang menteri.
Sistem GRC yang direka oleh PAP telah mula dilaksanakan dalam pilihanraya umum 1988. PAP mendakwa bahawa kononnya skim ini perlu untuk memastikan adanya perwakilan kaum minoriti dalam Parlimen. Ini adalah rekaan semata-mata.Menurut para pengamat politik bebas, adalah jelas bahawa sistem GRC ini diperkenalkan untuk terus mengekalkan kedudukan dan kuasa PAP.
Sejak kebelakangan ini, bagi melanjutkan lagi mitos bersifat perkauman ini, pihak media telah diperalatkan bagi menakut-nakutkan rakyat Singapura bahawa kononnya ketegangan kaum telah bertambah nyata selepas pilihanraya umum Malaysia tahun lalu.
Mungkin yang paling ditakuti golongan autokrat Singapura ialah rakyat Malaysia tidak lagi boleh menggunakan soal-soal perkauman sebagai landasan dalam pilihanraya selanjutnya.
Bagi pemerintah Singapura apa yang paling ditakutinya ialah “jangkitan” kuasa rakyat Malaysia kepada rakyat Singapura. Justru itu rakyat Singapura perlu memiliki keyakinan diri dan keupayaan untuk mengatasi ketakutan yang dipropagandakan oleh pemerintah.
PAP telah juga meremehkan politik yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat untuk mengurangi amalan politik perkauman hinggakan ia sanggup menyokong politik “Umnoputra” yang sarat dengan kronisme. Realiti perjalan ke arah demokrasi di Malaysia nampaknya terlalu berat untuk diterima oleh PAP. Ia cukup tidak selesa dengan kemunculan era baru politik di Malaysia.
Akibatnya ialah mitos perkauman terus berpanjangan di Singapura dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat. Baru-baru ini Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengulangi apa yang dikatakan oleh bapanya dulu bahawa Singapura masih lagi belum bersedia untuk menerima seorang Perdana Menteri yang bukan dari kaum China. Pada tahun 1988 Encik Lee Kuan Yew telah menolak kemungkinan Encik S Danabalan menjadi Perdana Menteri walaupun, menurut kata-katanya sendiri, ia jauh lebih layak dari Encik Goh Chok Tong.
Di Amerika pula, Encik Obama telah dipilih sebagai Presiden dalam arus perubahan yang melanda negara itu. Rakyat Amerikalah yang memberikan kata putus tentang siapa yang ingin mereka pilih sebagai pemimpin, tidak kira mereka berkulit putih ataupun hitam. Mesej Encik Obama yang memberikan harapan dan perubahan bergema di hati sanubari rakyat Singapura. Tetapi malangnya di Singapura Perdana Menterinya yang memberi kata putus tentang siapa yang akan menjadi pemimpin.
Masih tidak jelas lagikah dari kata-kata yang dilafazkan oleh kedua-dua Lee bahawa PAPlah yang belum bersedia menerima seorang Perdana Menteri dari kaum selain China.
Mampukah PAP terus menghadang agin perubahan yang kian meniup kencang ke arah pantai Singapura – angina perubahan dari jiran kita Malaysia dan Negara sejauh Amerika? (Nota: Makalah ini pertama kali disiarkan dalam bahasa Inggeris di lelaman web SDP pada Jumaat, 28 Februari, 2009)
|
|
Danny the Democracy Bear
|
|
|
 Now available online here! |
|
Awesome Words
“The ultimate tragedy is not the oppression and cruelty by the bad people but the silence over that by the good people.” Martin Luther King, Jr
News feeds
|