Sejak sedekad yang lalu dalam mana Singapura menikmati apa yang dipanggil “era keemasan” seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pembimbing, para pekerja Singapura telah tidak merasakan keadaan mereka menjadi labih baik.
Pada hakikatnya statistic telah menunjukkan bahawa gaji pekerja, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, telah mengalami kemerosotan. Secara purata, di antara 1998 dan 2003, pendapatan bulanan keluarga bagi golongan 20% termiskin telah menurun hampir 15% manakala 20% dari mereka yang terkaya telah menikmati kenaikan sebanyak 11.7%.
Pada masa yang sama pula perbelanjaan golongan 40% keluarga termiskin terus meningkat hinggakkan ia melebihi pendapatan bulanan mereka.
Keaadaan ini telah banyak menyumbang kepada melebarnya jurang pendapatan hinggakan “Gini coefficient”kita, iaitu satu kaedah yang mengukur perbezaan antara yang miskin dan yang kaya, menyerupai negara-negara dunia ketiga.
Sebahagian dari masalah ini juga berpunca dari dasar pemerintah PAP yang terus menggunakan pekerja-pekerja asing bergaji murah bagi membolehkan mereka menekan paras gaji pekerja kita dalam percubaan untuk memberi gambaran bahawa kononnya ekonomi Singapura masih menguntungkan.
Tentu sekali terdapat banyak cara untuk mengembangkan ekonomi. Satu daripadanya adalah untuk memiliki tenaga kerja yang inovatif dan cerdik dalam mengeluarkan barangan dan memberi perkhidmatan. Satu lagi cara ialah dengan menekan paras gaji untuk memberi gambaran palsu bahawa kononnya paras keuntungan sedang meningkat.
Jelas sekali bahawa kaedah mengembangkan ekonomi dengan menggunakan cara kedua tidak mendatangkan untuk dan tidak dapat bertahan. Ini begitu ketara sekali dalam satu tinjauan yang menunjukkan bahawa pekerja Singapura adalah yang paling kerap merungut di rantau Asia ini.
Belum sempat para pekerja menikmati laba dari ‘era keemasan’ ini, krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini akan memastikan bahawa nasib kelas pekerja di Singapura akan menjadi lebih buruk.
Ketika ekonomi berada dalam keadaan baik para pekerja tidak pernah mengongsi kemajuannya. Sekarang apabila keadaan telah menjadi bertambah buruk, para pekerja yang akan menjadi mangsanya.Mereka akan dibuang kerja ataupun di potong gaji mereka. Para pekerja Singapura berada di dalam situasi yang disebut kalah-kalah.
Sempena Hari Pekerja Sedunia ini, kami di Parti Demokratik Singapura ingin mengulangi saranan kami supaya pemerintah segera menghentikan eksploitasi terhadap pekerja-pekerja kita dan kembalikan hak pekerja untuk bersuara dan mengurus hal ehwal mereka sendiri secara bebas.
Kongres Kesatuan Sekerja Singapura merupakan sebuah alat yang lapuk dan tidak mendatangkan faedah kepada kesatuan-kesatuan sekerja mahupun kepada pekerja itu sendiri. Ia wujud hanya sebagai alat PAP untuk terus menindas para pekerja dan memastikan supaya PAP terus berkuasa.
Demokrat Singapura mengulangi seruannya agar diwujudkan kesatuan sekerja yang democratic dan bebas di mana para pekerja mempunyai kuasa dan bebas dari perhambaan. Dalam melakukannya kita akan dapat membentuk sebuah ekonomi yang mampu bersaing di persada dunia dan tidak terus bergantung kepada model ekonomi yang berlandaskan ekspot semata-mata.
Untuk segera menagani masalah-maalah mendesak yang dihadapi oleh para pekerja kita, kami mengulangi seruan kami kami:
Mengamalkan Dasar Rakyat Didahulukan di mana pekerja asing akan diberhentikan kerja dahulu dan Rakyat Singapura hanya akan diberhentikan sebagai tindakan terakhir. Dasar tersebut juga akan menghendaki pemerintah dan majikan mengutamakan pekerja tempatan dan pengambilan pekerja asing hanya akan dilakukan jika pekerja tempatan tidak dapat mengisi pekerjaan atau jawatan yang kosong.Ini juga akan memastikan hanya pekerja asing yang berkelayakan akan digajikan.
Memperkenalkan Gaji Minima untuk memastikan pekerja dibayar gaji yang adil dan sejajar dengan kos sara hidup.
Memberikan hak Pembuangan dimana pemerintah dikehendaki membayar gaji kesemua pekerja yang telah dibuang kerja untuk jangka masa yang tertentu. Skim sebegini akan membantu dan melegekan para pekerja jika mereka dibuang kerja.