|
Sunday, 26 April 2009 |
Demokrat Singapura
Banyak yang telah diperkatakan tentang Parti Demokratik Singapura (SDP) sejak kebelakangan ini. Oleh itu, banyak pandangan telah terbentuk terhadap pendirian SDP, termasuk kepercayaan dan cara SDP ingin mencapai matlamatnya. Sebahagian kecil pandangan tersebut memang tepat, tetapi yang selebihnya penuh dengan kepalsuan.
Kami ingins mengambil peluang ini bagi memperbetulkan tanggapan yang salah ini supaya rakyat Singapura dapat memahami Demokrat dengan lebih jelas. Penerangan di bawah ini adalah berguna untuk menolak propaganda yang dilaung-laungkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Tanggapan No 1 : SDP tidak berminat menyertai pilihan raya.
Pilihanraya sememangnya adalah penting di dalam sebuah institusi demokrasi yang berfungsi. Kami juga ingin menekankan bahawa melalui pilihanraya sahajalah parti politik dapat mengambil alih kuasa secara sah. Kami telah menyertai setiap pilihanray yang lalu dan kami akan terus berbuat demikian.
Bagaimanapun, di dalam situasi politik masa kini, Demokrat percaya bahawa parti pembangkang tidak harus terlalu memberi tumpuan kepada pilihanraya. Sebabnya ialah pilihanraya Singapura tidak bersih dan adil. PAP dengan sesuka hati mengubahsuai peraturan pilihanraya demi kepentingan mereka sendiri, menguasai media massa dan juga bersikap ‘kotor’ terhadap para pemimpin parti pembangkang. Misalnya, pernahkah kamu mendengar mana-mana Perdana Menteri secara terbuka mengatakan bahawa beliau harus dan perlu ‘menganiaya’ pembangkang dan ‘membeli’ undi rakyat? Walaupun demikian, tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Pada hakikatnya, melalui proses pilihanraya yang diamalkan sekarang adalah sangat sukar bagi pihak pembangkang memperoleh keputusan yang bermakna bagi membolehkan mereka ke Parlimen. Disebabkan itulah kita harus bekerjasama dengan persatuan atuapun badan-badan sivil untuk sama-sama memperbaiki sistem pilihanraya.
Kami di SDP ingin melihat Singapura mempunyai sistem pilihanraya berpalimen yang benar-benar adil dan juga mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sedunia.
Tanggapan No 2. : SDP mahu mencapai perubahan melalui tindakan-tindakan ‘di luar undang-undang’
Oleh kerana sistem pilihanraya Singapura tidak demokratik, cara yang terbuka untuk membawa perubahan hanyalah dengan tindakan secara aman, tanpa sebarang kekerasan.
Demokrat sentiasa memperjuangkan kebebasan bersuara dan perhimpunan yang aman bagi rakyat Singapura. Ini adalah hak rakyat, seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Singapura. Ia adalah penting untuk mewujudkan sebuah sistem yang bebas dan adil. Tanpa kebebasan dan keadilan, kita tidak akan dapat memberi tekenan kepada PAP untuk memperbetulkan proses pilihanraya.
Tetapi, apabila PAP terus tidak ambil peduli terhadap Perlembagaan Singapura dan terus menghalang rakyat daripada mengadakan perhimpunan yang aman, rakyat harus bangkit demi mempertahankan Perlembagaan Singapura. Kita hanya dapat mencapai matlamat ini dengan membantah secara sistematik terhadap undang-undang tidak adil yang direka oleh PAP.
Mempertahankan Perlembagaan Singapura bukanlah tindakan ‘di-luar undang-undang’. Ini kerana, Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di mana-mana negara sekalipun. Sebenarnya, PAPlah yang sering bertindak ‘di luar undang-undang’ dengan terus menerus meremehkan Perlembagaan Singapura.
Tanggapan No. 3 : SDP adalah sebuah parti pelampau yang sering melanggar undang-undang.
Kami harus jelas dalam perkara ini. Rakyat tidak harus melanggar undang-undang hanya kerana mereka tidak setuju dengannya. Bukan begini caranya bagi mengamalkan ‘Bantahan Sivil’.
Bantahan Sivil adalah tindakan yang tidak mematuhi undang-undang yang sememangnya tidak adil dan juga undang-undang yang merampas hak asasi rakyat. Hak ini secara umumnya diterima oleh semua negara di dunia demi kepentingan rakyatnya. Oleh yang demikian kita harus ingat bahawa PAP telah merampas hak-hak rakyat Singapura.
Sebenarnya PAP juga tidak memperdulikan undang-undang yang sedia ada.
Contoh: Pihak polis pada 15 Mac 2008, telah menahan semua yang terlibat di dalam bantahan yang digelar ‘Tak Boleh Tahan’. Tetapi, pada masa yang sama tiada tindakan yang diambil terhadap bantahan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (CASE). Diskriminasi sebegini sememangnya melanggar Artikel 12 Perlembagan Singapura. Artikel tersebut, menyebut bahawa semua rakyat Singapura dianggap sama rata dari segi undang-undang.
Kami, Demokrat Singapura, menghormati dan sering mempertahankan Perlembagaan Singapura. Tiada unsur radikal mengenai tindakan tersebut. Malah ia adalah tanggungjawab semua rakyat Singapura untuk bangkit dan mempertahankan Perlembagaan Singapura.
Sebagaimana yang telah diterangkan diatas, dalam mana-mana masyarakat demokratik, kami akan dianggap sebagai parti yang bersikap sederhana. Hanya pemerintah yang bersikap kuku besi dan menuduh kami sebagai puak pelampau.
Tanggapan No.4 : SDP tidak mengetengahkan idea alternatif yang membina.
Seperti tanggapan-tanggapan yang lain, PAP selalunya akan menyebar perkara sebegini walaupun telah terbukti ia adalah fitnah semata-mata.
Pada tahun 1994, Demokrat telah menerima buku Dr Chee Soon Juan, ‘Dare To Change : An Alternative Vision For Singapura’ (Berani Untuk Berubah : Visi Alternatif Untuk Singapura) sebagai manifestonya. Buku tersebut telah membincangkan dasar-dasar alternatif Demokrat. Idea-idea alternative tersebut melibatkan dasar ekonomi, politik, masyarakat, seni, pelajaran dan juga dasar untuk media.
Idea itu kemudian dikembangkan lagi di dalam buku ‘Your Future, My Faith, Our Freedom : A Democratic Blueprint For Singapore’ Seterusnya, idea itu dikukuhkan lagi di dalam buku yang bertajuk ‘ A Nation Cheated’. Penerbitan SDP iatu ‘The New Demokrat’ dengan konsisten telah memberikan fokus terhadap dasar-dasar alternatif yang berbeza daripada PAP. Manifesto Demokrat yang boleh didapati di lelaman web ini, menyangkal semua tuduhan bahawa SDP tidak pernah memberi idea alternatif yang membina. Contoh idea alternatif terkini ialah Rancangan Belanjawan yang akan dapat membantu rakyat Singapura dan ekonomi secara keseluruhannya.
Kami yakin bahawa ramai rakyat Singapura tidak mengetahui tentang dasar-dasar Demokrat yang dimaksudkan. Ini kerana, media massa tidak akan menerbitkan dasar-dasar yang dibentangkan oleh Demokrat. Sekiranya itu tidak mencukupi, mereka akan terus menerus menfitnah dengan mengatakan bahawa Demokrat hanya pandai mengkritik.
Tanggapan No. 5 : SDP hanya berminat terhadap isu hak asasi manusia dan bukannya isu kepentingan rakyat.
SDP pada kebiasaannya telah menyuarakan keprihatinan kita terhadap isu-isu seperti harga barang-barang keperluan seharian yang terus meningkat. Sekali lagi, jikalau kita melihat di dalam lelaman web ini, dengan jelas sekali kita boleh melihat bahawa SDP telah membangkitkan isu-isu seperti harga perubatan dan kesihatan, wang simpanan CPF, tambang perkhidmatan awam dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh, salah satu program bagi memastikan pemerintah terus dikenakan tekanan dan menjamin kos kehidupan seharian tidak membebankan rakyat adalah kempen ‘Tak Boleh Tahan’ yang masih terus dijalankan. Nasib pekerja Singapura dan Perusahan Kecil Dan Sederhana (SME) tetap diutamakan didalam agenda Demokrat. Pada pilihanraya, Demokrat sering memperjuangkan isu-isu seperti gaji minima, wang persaraan dan juga Dasar Mengutamakan Rakyat Singapura.
Majoriti rakyat Singapura tidak mengetahui dasar Demokrat yang mengutamakan rakyat Singapura kerana media massa tidak melaporkannya. Contoh yang terbaik adalah keengganan media massa melaporkan cadangan dan pandangan Demokrat bagi Belanjawan pemerintah tahun ini.
Tetapi pada masa yang sama, ia adalah penting untuk juga membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan peri kemanusian. Hak-hak kemanusiaan adalah sama penting dengan isu-isu yang lain. Kebebasan untuk bersuara adalah penting bagi membolehkan kita membangkit dan menyuarakan isu-isu rakyat. Tanpa kebebasan bersuara, Demokrat tidak boleh dengan secara berkesan mengetengahkan dasar-dasar kami kepada rakyat Singapura.
|
|
Danny the Democracy Bear
|
|
|
 Now available online here! |
|
Awesome Words
“Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely.” Lord Acton
News feeds
|