Singapore Democrats

Home News Bahasa (Malay language) PAP: Kini Satu pun menjadi salah
PAP: Kini Satu pun menjadi salah Print Email
Sunday, 26 April 2009
Demokrat Singapura

Dahulu bilangannya adalah lima ataupun lebih daripada itu. Tetapi sekarang, satupun dianggap salah dari segi undang-undang.

Pemerintah pimpinan Perdana Menteri Lee dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meluluskan satu Akta baru, Public Order Act, di Parlimen baru-baru ini. Akta tersebut menghalang apa jua ‘cause-related event’, walaupun ia melibatkan kurang daripada lima orang. Akta ini bukan sahaja mengetatkan lagi undang-undang yang berkaitan dengan bantahan, malah ia adalah satu Akta yang merampas Hak Rakyat Singapura untuk berhimpun dan bersuara secara aman.

Akta Pertemuan dan Hiburan Awam (Public Entertainment and Meetings Act) dan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Miscellaneous Offences Act) tidak membenarkan lima atau lebih daripada lima orang berkumpul di tempat awam tanpa sebarang permit. Dengan undang-undang yang sedia ada, Rakyat Singapura sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengadakan bantahan mahupun berhimpun secara aman.

Dengan Akta yang baru ini, bantahan keseorangan pun harus mendapatkan permit. Tetapi ini adalah sesuatu yang mustahil kerana pemerintah dari dulu lagi telah mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengeluarkan permit untuk sebarang jenis bantahan sekalipun. Namun begitu kami yakin bahawa perhimpunan untuk menyuarakan atau menunjukkan sokongan terhadap PAP akan tetap diadakan tanpa sebarang gangguan.

Ia tidak berhenti di sini sahaja. Akta Perfileman juga dijadikan sasaran. Akta tersebut diubahsuai supaya sebarang bantahan, perhimpunan secara aman yang dikategorikan sebagai haram dari segi undang-undang, tidak boleh dirakam oleh sesiapa.

Jikalau kita lihat bagaimana Akta-Akta dan undang-undang semua ini direka dan diubahsuai, ia sememangnya dibuat sedemikian bagi memastikan tiada bantahan ataupun perhimpunan secara aman dapat diadakan sama sekali. Langkah ini dilihat sebagai satu usaha bagi menghentikan atau menyekat publisiti terhadap ketidakpatuhan undang-undang secara aman (Bantahan Sivil)

Ini semua berlaku ketika kemarahan rakyat terhadap pemerintah Singapura pimpinan PAP semakin meningkat. Para pemimpin Singapura terus menerima gaji yang tertinggi di dunia sedangkan prestasi ekonomi Singapura adalah yang terburuk di Asia buat masa kini.

Akta baru ini juga boleh dilihat sebagai langkah bagi mengawal sentimen rakyat masa kini. Ini kerana ramai rakyat Singapura telah menunjukkan minat terhadap ketidakpatuhan undang-undang secara aman, dan minat ini tetap terus meningkat.

Ini merupakan petunjuk-petunjuk yang jelas bahawa pemerintah tidak mampu menghadapi tekanan daripada rakyat secara terbuka dan ia juga menunjukkan bahawa PAP juga bimbang terhadap kedudukan masa depan mereka sebagai pemerintah. Oleh itu mereka akan melakukan apa sahaja yang mampu menjamin dan menyelamatkan pemerintahan mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, mereka terus menindas hak-hak Rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Sedangkan di dalam era globalisasi dan moden ini, banyak negara yang mengamalkan pemerintahan yang terbuka dan juga demokratik, PAP mengamalkan yang sebaliknya.

Ini menunjukkan sesuatu dengan jelas : PAP sekarang semakin gilakan kuasa dan tidak ambil peduli terhadap kehendak rakyat walaupun rakyat sedang merana disebabkan krisis ekonomi masa kini.


Singapura akan mengetatkan undang-undang bagi ‘Keselamatan Awam’
(REUTERS)

Singapura yang sudahpun mempunyai undang-undang yang tegas terhadap perhimpunan awam bercadang untuk mengetatkan lagi undang-undang tersebut. Ini semua dilakukan sebagai persiapan bagi menghadapi pertemuan/mesyuarat Asia-Pasifik.

Rang Undang-undang Ketenteraman Awan telah diluluskan di Parlimen sebagai langkah menghadapi mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bakal diadakan di Singapura pada November 2009. Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri berkata, ‘Undang-undang tersebut diperlukan bagi meluaskan kuasa polis untuk memastikan keselamatan terhadap acara-acara yang dianggap besar.’

Akta tersebut memberi kuasa kepada pihak polis untuk menghalang para aktivis dari menjejakkan kaki keluar daripada rumah mereka jika mereka disyaki akan menghadiri ‘ceramah’ politik. Polis juga diberi kuasa untuk mengarahkan sesiapa sahaja supaya beredar dari sessuatu tempat jika mereka didapati akan membuat sesuatu yang melanggar undang-undang.

Semua kegiatan di tempat awam yang mempunyai tujuan tertentu mesti mendapatkan permit daripada pihak berkuasa, tidak kira berapa orang yang terlibat. Ini adalah perubahan daripada undang-undang sekarang yang memerlukan permit hanya jika ia melibatkan lima atau lebih daripada lima orang.

Ahli-ahli politk pembangkang dan para aktivis telah mengkritik dengan hebat rang undang-undang tersebut. Chee Siok Chin, seorang ahli politik pembangkang daripada Parti Demokratik Singapura (SDP),telah berkata, ‘ Bantahan-bantahan aman adalah sesuatu yang diterima walaupun di negara Komunis Cina.’

Akta tersebut juga membolehkan pihak polis menghalang orang awam daripada membuat rakaman yang melibatkan pegawai polis yang sedang bertugas jika ia boleh meletakkan pegawai tersebut dalam bahaya. Akta tersebut memberi contoh : Penyiaran secara langsung pegawai-pegawai polis India semasa mereka sedang menyelamatkan orang awam yang sedang ditahan pihak pengganas, ketika serangan pengganas ke atas Mumbai pada November lalu – sebagai meletakkan pegawai keselamatan di dalam bahaya.

Para aktivis berkata jika undang-undang tersebut diluluskan di Parlimen, pihak polis boleh menghentikan bantahan-bantahan kecil yang diadakan terhadap mana jua pemimpin negara asing, seperti Myanmar, yang sedang melawat Singapura.

Semasa lawatan Perdana Menteri Myanmar Thein Sein ke Singapura baru-baru ini, tiga warganegara tempatan telah mencuba untuk memberi beliau sejambak bunga yang bertujuan untuk dihadiahkan kepada ketua pembangkang Myanmar iatu Aung Sann Suu Kyi yang masih di bawah tahanan dalam rumah.

Sebagai tradisi Singapura untuk pemimpin pemerintah asing yang melawatinya, sebuah orkid di Taman Bunga Singapura telah dinamakan  mengambil sempena nama Thein Sein.

Walau bagaimanapun, Akta tersebut sudah pasti akan diluluskan di Parlimen kerana pemerintah pimpinan Parti Tindakan Rakyat mempunyai majoriti yang kukuh.
Share this article:
Facebook Technorati Stumble It! Newsvine Reddit Del.icio.us Digg This!
Comments (0)
Please login or register to post your comments.
 

Act Now

Support Democracy!
Please Donate
Read:The party that stands up for you
More options to donate
 

SDP Publictaions

Magazine Support SDP , buy our 30th Anniversary Magazine here

minsal
pdf
link

 

Danny the Democracy Bear

Now available online here!

 
Singapore Democrats on Facebook
Banner
Banner

Awesome Words

A bill of rights is what the people are entitled to against every Government on earth, general or particular, and what no just Government should refuse or rest on inference.

Thomas Jefferson
Banner

News feeds

Singapore Democrat News
Joomla Templates by JoomlaShack